TEMPAT : MASJID
AL-HIDAYAH & SEKOLAH KAFA FELDA SUNGAI PANCHING TIMUR
TARIKH : 22
– 25 MAC 2014 / 20-23 JAMADIL AWAL 1435H ( 4 Hari 3malam ).
PESERTA : 75
ORANG (38 LELAKI & 37 PEREMPUAN BERUMUR
ANTARA 9 – 12 TAHUN)
FASILITATOR : 19
ORANG PELAJAR KIPSAS (8 LELAKI & 11
PEREMPUAN)
URUSETIA : 16
ORANG SUKARELAWAN REMAJA BRIGED BAKTI MALAYSIA CAWANGAN PAHANG
KERJASAMA : SUKARELAWAN
SEKOLAH KAFA FELDA SUNGAI PANCHING TIMUR
Program Kem Generasi Al-Quran
mensasarkan kanak-kanak yang berumur mula 9 tahun hingga 12tahun untuk mengisi
masa lapang mereka ketika musim cuti persekolahan. Ia Juga merupakan sebuah
program yang bermatlamatkan agar setiap peserta mampu mempraktikkan ilmu
Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Selain itu program ini juga menekankan ilmu fardhu ain, akidah, adab dan
akhlak Islamiah
- Membimbing peserta dengan Asbabun Nuzul Al-Quran, terjemahan ayat, tafsir, ayat dan surah tertentu sahaja.
- Menerangkan Ilmu Aqidah yang bersesuaian dengan tahap peserta agar mereka memahami ilmu ini seterusnya dapat dijadikan sebagai benteng iman supaya tidak terpesong.
- Membentuk akhlak peserta selari dengan nilai – nilai dan tuntutan Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
- Membimbing peserta agar mengutamakan kebaikkan serta taat kepada ibu bapa dan sentiasa mengamalkan budaya berbuat baik kepada sesama manusia terutamanya umat Islam.
Keseluruhan perlaksanaan
program di lakukan secara kerjasama pintar diantara Briged Bakti Malaysia
Cawangan Pahang dengan Siswazah daripada KIPSAS, Sukarelawan Felda Sungai
Panching Timur dan Sukarelawan Remaja Briged Bakti Malaysia Cawangan Pahang.Hampir
satu pertiga daripada kos penyediaan makanan kepada para peserta dapat
dikurangkan melalui hasil kerja gotong royong yang dilaksanakan.
Allhamdulillah segala
perancangan serta perencanaan yang telah
disusun berjalan dengan lancar. Majlis penutup telah dilaksana kan oleh Encik
Roslan Bin Haji Kumin merangkap selaku Pengurus Rancangan Felda Sungai Panching
Timur dan Selaku Pengerusi Program Kem Generasi Al-Quran Siri-1 (GQ-1).
Bagi memastikan usaha murni ini
dapat diteruskan pada masa hadapan Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan
berupa bahan-bahan mentah seperti :-
- Beras
- Gula
- Minyak Masak
- Ayam
- Ikan
- Sayur-Sayuran
- Roti & Biskut
- Milo , Susu & Sirap
Sumbangan
berbentuk wang tunai juga amat dialukan ataupun tuan/puan boleh menyalurkan
sumbangan ikhlas Tuan/Puan ke akaun Briged
Bakti Malaysia Pahang- Akaun No:- 06010003677719
Kepada
sesiapa yang berhajat untuk menyumbang bolehlah menghubungi
019-9989722/09-5362384 (Saudara Zamei Bin Yusup).
0 comments:
Post a Comment