Pages

Banner 468 x 60px

 

Wednesday, 9 April 2014

KRONOLOGI PENUBUHAN

0 comments
KRONOLOGI PENUBUHAN
2008
Mesyuarat Agung Khas (25 Disember 2008) meminda perlembagaan Briged Bakti Negeri Kelantan menjadi Briged Bakti Malaysia. Ybhg. Dato’Dr. Abdul Razak Bin Hj. Kechik dilantik sebagai Pengerusi Kebangsaan yang pertama.
2009
Briged Bakti Malaysia telah diluluskan pendaftaran oleh PPP Negeri Kelantan pada 8 April 2009
2010
10 buah Briged Bakti Malaysia cawangan negeri diluluskan pendaftarannya oleh PPPM-Putrajaya pada 22 Januari 2010. Briged Bakti Malaysia Cawangan Negeri yang terlibat:  Perlis, Kedah, Perak, W.P, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu & Kelantan.
Penubuhan Cawangan Pahang adalah pada 20 Jun 2010 .
Alamat Penubuhan Briged Bakti Malaysia Cawangan Pahang :
Anjung Sekilau ,
Jalan Bukit, Sekilau 2 ,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur

No. Pendaftaran  : PPM/C 596/97
Seterusnya...

Tuesday, 8 April 2014

PROGRAM TITIAN BUDI SEGUNUNG KASIH

0 comments




Bertempat di Sekolah Kebangsaan Batu 3 Kuantan Pahang.Bermula pada 4 - 6 April 2014.Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah berumur 10 hingga 12 tahun.Program ini mampu menarik seramai 90 orang penyertaan.

Fasilitator seramai  39 orang yang terdiri daripada siswazah Universiti Malaysia Pahang (UMP).Bahagian Urusetia dikendalikan oleh sukarelawan remaja Briged Bakti Malaaysia Cawangan Pahang manakala pengurusan penyediaan makanan dikendalikan oleh pelajar-pelajar Kolej Komuniti Kuantan.

Program ini adalah hasil kerjasama diantara Briged Bakti Malaysia Cawangan Pahang bersama Kelab Penyayang yang terdiri daripada siswazah Universiti Malaysia Pahang (UMP), pelajar Kol;ej Komuniti Kuantan dan sekolah Kebangsaan Batu 3.

Objektif  program adalah untuk membantu para pelajar  atau kumpulan-kumpulan yang dikenal pasti didalam usaha mengembangkan potensi mereka supaya menjadi warganegara yang produktif dan bertanggungjawab melalui sokongan dan bantuan yang bersesuaian.

Disamping itu siswazah yang terlibat selaku fasilitator program akan cuba menyelami serta merasai bersama keperitan  golongan yang kurang bernasib baik ini dengan penuh prihatin, belas kasihan, simpati dan terus berjuang untuk hari esok yang lebih gemilang.

Fasilitator juga disarankan melakukan  segala upaya yang termampu untuk meringankan penderitaan dan memangkin kejayaan individu dari segi fizikal dan psikologi, agar semua rakyat Malaysia mampu membina impian dan merealisasikannya.

Fasilitator juga disarankan melakukan  segala upaya yang termampu untuk meringankan penderitaan dan memangkin kejayaan individu dari segi fizikal dan psikologi, agar semua rakyat Malaysia mampu membina impian dan merealisasikannya.

Alhamdulillah dengan rahmat serta kurnia Nya,Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya.
Bagi memastikan usaha murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan berupa bahan-bahan mentah  seperti :-

  1. Beras
  2. Gula
  3. Minyak Masak
  4. Ayam
  5. Ikan
  6. Sayur-Sayuran
  7. Roti & Biskut
  8. Milo , Susu & Sirap

Sumbangan berbentuk wang tunai juga amat dialukan ataupun tuan/puan boleh menyalurkan sumbangan ikhlas Tuan/Puan ke akaun Briged Bakti Malaysia Pahang- Akaun No:- 06010003677719

Kepada sesiapa yang berhajat untuk menyumbang bolehlah menghubungi 019-9989722/09-5362384 (Saudara Zamei Bin Yusup).




Seterusnya...

KEM GENERASI AL-QURAN SIRI – 1 2014 (GQ-1)

0 comments

TEMPAT : MASJID AL-HIDAYAH & SEKOLAH KAFA FELDA SUNGAI PANCHING TIMUR
TARIKH : 22 – 25 MAC 2014 / 20-23 JAMADIL AWAL 1435H ( 4 Hari 3malam ).
PESERTA : 75 ORANG (38 LELAKI & 37 PEREMPUAN  BERUMUR ANTARA 9 – 12 TAHUN)
FASILITATOR : 19 ORANG PELAJAR KIPSAS  (8 LELAKI & 11 PEREMPUAN)
URUSETIA : 16 ORANG SUKARELAWAN REMAJA BRIGED BAKTI MALAYSIA CAWANGAN PAHANG
KERJASAMA : SUKARELAWAN SEKOLAH KAFA FELDA SUNGAI PANCHING TIMUR

Program Kem Generasi Al-Quran mensasarkan kanak-kanak yang berumur mula 9 tahun hingga 12tahun untuk mengisi masa lapang mereka ketika musim cuti persekolahan. Ia Juga merupakan sebuah program yang bermatlamatkan agar setiap peserta mampu mempraktikkan ilmu Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Selain itu program ini juga  menekankan ilmu fardhu ain, akidah, adab dan akhlak Islamiah 
  • Membimbing peserta dengan Asbabun Nuzul Al-Quran, terjemahan ayat, tafsir, ayat dan surah tertentu sahaja.
  • Menerangkan Ilmu Aqidah yang bersesuaian dengan tahap peserta agar mereka memahami ilmu ini seterusnya dapat dijadikan sebagai benteng iman supaya tidak terpesong.
  • Membentuk akhlak peserta selari dengan nilai – nilai dan tuntutan Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
  • Membimbing peserta agar mengutamakan kebaikkan serta taat kepada ibu bapa dan sentiasa mengamalkan budaya berbuat baik kepada sesama manusia terutamanya umat Islam.

Keseluruhan perlaksanaan program di lakukan secara kerjasama pintar diantara Briged Bakti Malaysia Cawangan Pahang dengan Siswazah daripada KIPSAS, Sukarelawan Felda Sungai Panching Timur dan Sukarelawan Remaja Briged Bakti Malaysia Cawangan Pahang.Hampir satu pertiga daripada kos penyediaan makanan kepada para peserta dapat dikurangkan melalui hasil kerja gotong royong yang dilaksanakan.


Allhamdulillah segala perancangan serta perencanaan  yang telah disusun berjalan dengan lancar. Majlis penutup telah dilaksana kan oleh Encik Roslan Bin Haji Kumin merangkap selaku Pengurus Rancangan Felda Sungai Panching Timur dan Selaku Pengerusi Program Kem Generasi Al-Quran Siri-1 (GQ-1).

Bagi memastikan usaha murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan berupa bahan-bahan mentah  seperti :-
  1. Beras
  2. Gula
  3. Minyak Masak
  4. Ayam
  5. Ikan
  6. Sayur-Sayuran
  7. Roti & Biskut
  8. Milo , Susu & Sirap

Sumbangan berbentuk wang tunai juga amat dialukan ataupun tuan/puan boleh menyalurkan sumbangan ikhlas Tuan/Puan ke akaun Briged Bakti Malaysia Pahang- Akaun No:- 06010003677719

Kepada sesiapa yang berhajat untuk menyumbang bolehlah menghubungi 019-9989722/09-5362384 (Saudara Zamei Bin Yusup).

Seterusnya...